Rujukan Shariah secara digital untuk kewangan Islam
Pemindahan Hak Milik Aset & Jaminan Prestasi dalam Kontrak Istiṣnāʿ

Pemindahan Hak Milik Aset & Jaminan Prestasi dalam Kontrak Istiṣnāʿ

]Istiṣnāʿ merujuk kepada kontrak penjualan aset yang belum dibina, dibangunkan atau dikilangkan mengikut spesikasi yang telah dipersetujui oleh penjual dan pembeli. Ia lazimnya diaplikasikan dalam produk pembiayaan yang melibatkan aset yang masih belum wujud. Istiṣnāʿ masih belum diaplikasikan secara meluas dalam industri kewangan Islam. Antara sebabnya ialah kerana terdapat ketidakjelasan dalam beberapa isu pelaksanaan istiṣnāʿ seperti isu hak milik aset istiṣnāʿ (maṣnūʿ) dalam pembinaan serta isu jaminan pelanggan terhadap prestasi kontraktor dalam pengaturan istiṣnāʿ selari (istiṣnāʿ muwāzī). Sehubungan itu, kertas kerja ini membincangkan perbahasan fuqaha silam serta ulama kontemporari berkenaan isu-isu ini. Kejelasan dari sudut Shariah berhubung isu-isu yang dibangkitkan ini dilihat dapat membuka lebih banyak ruang bagi institusi kewangan Islam (IKI) meneroka dan membangunkan produk berasaskan istiṣnāʿ. Ini secara tidak langsung boleh mendorong minat industri untuk memperluaskan pengaplikasian produk berasaskan istiṣnāʿ dalam industri kewangan Islam

Oleh : Nur Muhammad Sesth Jemahat, Ahmad bin Khairuddin

 

Lampiran : Kertas Kerja 

Syirkah Al-Milk dan Syirkah Al-ʿAqd Sebagai Asas kepada Produk Pembiayaan Musyārakah Mutanāqiṣah

Syirkah Al-Milk dan Syirkah Al-ʿAqd Sebagai Asas kepada Produk Pembiayaan Musyārakah Mutanāqiṣah

Dalam amalan semasa institusi kewangan Islam, perkongsian berkurangan (musyārakah mutanāqiṣah) merupakan salah satu kontrak baharu (ʿuqūd mustajiddah) yang diaplikasikan dalam produk-produk pembiayaan. Secara umumnya, konsep musyārakah mutanāqiṣah disandarkan kepada kontrak musyārakah, sama ada syirkah al-ʿaqd atau syirkah al-milk. Namun begitu,…