Centre for Shariah Reference in Islamic Finance - Pusat Rujukan Shariah Bagi Kewangan Islam

Centre For Shariah Reference in Islamic FinancePusat Rujukan Shariah Bagi Kewangan Islam

Mesyuarat MPS ke-187 (27 Ogos 2018): Aplikasi Kontrak Musyarakah bagi Mengurus Beban Perbelanjaan Pengendali Takaful

Majlis Penasihat Shariah (MPS) Bank Negara Malaysia pada mesyuarat ke-187 bertarikh 27 Ogos 2018 telah memutuskan bahawa pengaplikasian kontrak musyarakah antara pengendali takaful dan pengendali takaful semula bagi mengurus beban perbelanjaan pengendali takaful berikutan pelaksanaan  keperluan ‘Kadar Peruntukan Minimum’ dibenarkan, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  1. Modal musyarakah terutamanya yang berbentuk wang tidak boleh dianggap sebagai fi wakalah pendahuluan (upfront wakalah fee) kerana ia tidak selari dengan ciri-ciri kontrak musyarakah;
  2. Modal musyarakah hendaklah diasingkan (ring-fenced) dan tidak bercampur dengan modal lain dalam dana pemegang saham dan dana-dana lain terutamanya dana tabarru`;
  3. Penentuan keuntungan dan kerugian musyarakah mestilah menggambarkan keuntungan dan kerugian sebenar bagi portfolio tertentu, yang perlu diasingkan (ring-fenced) daripada portfolio-portfolio yang lain; dan
  4. Modal musyarakah yang berbentuk bukan kewangan (sekiranya ada) hendaklah dinilai berdasarkan nilaian wang ketika pemeteraian kontrak musyarakah.

Sila lihat lampiran di sini untuk maklumat lanjut.