Pusat Rujukan Shariah bagi Kewangan Islam

[:en]

Tadbir Urus Shariah

Tadbir urus (governance) merupakan komponen penting dalam memastikan kestabilan sistem kewangan Islam. Usaha untuk mengetengahkan rangka kerja tadbir urus Shariah yang boleh berfungsi dengan baik adalah penting untuk meningkatkan keyakinan orang awam tentang objektif korporat, pihak pengurusan dan operasi perniagaan institusi kewangan Islam.

Rangkakerja Tadbir Urus Shariah bagi Institusi Kewangan Islam telah dikeluarkan pada tahun 2011. Rangka kerja tersebut memainkan peranan yang kritikal dalam menyokong pembangunan industri kewangan Islam secara tersusun. Ia adalah bertepatan dengan objektif kawal selia untuk memastikan pematuhan Shariah secara berterusan dan menyeluruh.

Dalam memastikan pematuhan Shariah yang menyeluruh serta memelihara kemaslahatan awam, tadbir urus Shariah di Malaysia terdiri daripada 2 tahap. Pertama di peringkat institusi dan kedua di peringkat kawal selia.

Di peringkat instutisi, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam mewajibkan semua institusi kewangan Islam memastikan matlamat perniagaan dan aktivitinya mematuhi Shariah pada setiap masa.

Di peringkat kawal selia, tadbir urus Shariah terdiri daripada MPS. MPS mempunyai peranan penting dalam memastikan keputusan-keputusan Shariah yang dibuat oleh intitusi kewangan Islam adalah berwibawa dan berintegriti.

 

Dokumen berkaitan rangka kerja Shariah:

1. Rangka Kerja Tadbir Urus Shariah I 2010

2. Draf Pendedahan Rangka Kerja Tadbir Urus Shariah I 2017

 

PERUNTUKAN TADBIR URUS SHARIAH DI DALAM APKI 2013

  1. Suatu institusi hendaklah pada setiap masa memastikan bahawa matlamat dan pengendaliannya, perniagaannya, hal ehwalnya dan aktivitinya adalah mematuhi Shariah.
  2. Bagi maksud Akta ini, suatu pematuhan kepada apa–apa keputusan Majlis Penasihat Shariah berkenaan dengan apa–apa matlamat tertentu dan pengendalian, perniagaan, hal ehwal atau aktiviti hendaklah disifatkan sebagai pematuhan kepada Shariah berkenaan dengan matlamat dan pengendalian, perniagaan, hal ehwal atau aktiviti itu.
  3. Jika suatu institusi menyedari bahawa ia menjalankan apa– apa perniagaan, hal ehwal dan aktiviti dengan cara yang tidak mematuhi Shariah atau nasihat jawatankuasa Shariahnya atau nasihat atau keputusan Majlis Penasihat Shariah, institusi itu hendaklah—
    1. dengan serta–merta memberitahu Bank dan jawatankuasa Shariahnya mengenai hakikat itu;
    2. dengan serta–merta berhenti daripada menjalankan perniagaan, hal ehwal atau aktiviti itu dan daripada mengambil apa–apa perniagaan, hal ehwal atau aktiviti lain yang serupa; dan
    3. dalam tempoh tiga puluh hari setelah menyedari ketidakpatuhan atau apa–apa tempoh yang lanjut sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, mengemukakan kepada Bank suatu rancangan mengenai pembetulan ketidakpatuhan itu.
  4. Bank boleh menjalankan suatu penilaian yang ia fikirkan perlu untuk memutuskan sama ada institusi itu telah membetulkan ketidakpatuhan yang disebutkan dalam subseksyen (3).
  5. Mana–mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua–duanya.
  1. Bank boleh, mengikut nasihat atau keputusan Majlis Penasihat Shariah, menentukan standard—
    1. mengenai perkara Shariah berkenaan dengan penjalanan perniagaan, hal ehwal atau aktiviti oleh suatu institusi yang menghendaki penentuan hukum Syarak oleh Majlis Penasihat Shariah; dan
    2. untuk memberi kesan kepada nasihat atau keputusan Majlis Penasihat Shariah.
  2. Sebagai tambahan, Bank juga boleh menentukan standard yang berhubungan dengan mana–mana perkara yang berikut yang tidak menghendaki penentuan hukum Syarak:
    1. tadbir urus Shariah termasuk—
      1. fungsi dan kewajipan lembaga pengarah, pegawai kanan dan anggota jawatankuasa Shariah suatu institusi berhubungan dengan pematuhan Shariah
      2. kehendak layak dan sesuai atau kehilangan kelayakan seorang anggota jawatankuasa Shariah; dan
      3. fungsi pematuhan Shariah dalaman; dan
    2. apa–apa perkara lain berhubungan dengan perniagaan, hal ehwal dan aktiviti institusi bagi maksud pematuhan Shariah.
  3. Tiap–tiap institusi, pengarahnya, ketua pegawai eksekutifnya, pegawai kanannya atau anggota jawatankuasa Shariahnya hendaklah pada setiap masa mematuhi standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen (1) dan (2) yang terpakai bagi orang itu.
  4. Tiap–tiap institusi hendaklah pada setiap masa—
    1. memastikan bahawa dasar dan tatacara dalamannya mengenai tadbir urus Shariah adalah selaras dengan standard yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen ini; dan
    2. sama ada atau tidak standard telah ditentukan oleh Bank di bawah seksyen ini, menguruskan perniagaannya, hal ehwalnya dan aktivitinya mengikut cara yang tidak bertentangan dengan Shariah.
  5. Tiap–tiap pengarah, pegawai atau anggota jawatankuasa Shariah suatu institusi hendaklah pada setiap masa mematuhi dasar dan tatacara dalaman yang diterima pakai oleh institusi itu untuk melaksanakan standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen (1) atau (2).
  6. Mana–mana orang yang gagal mematuhi apa–apa standard yang ditentukan di bawah subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua–duanya.

 

      1. Orang berlesen hendaklah menubuhkan jawatankuasa Shariah bagi maksud menasihati orang berlesen itu dalam memastikan bahawa perniagaannya, hal ehwalnya dan aktivitinya mematuhi Shariah.
      2. Bagi maksud subseksyen (1), jika terdapat lebih daripada satu orang berlesen dalam suatu kumpulan kewangan, salah satu daripada orang berlesen boleh memohon kepada Bank bagi penubuhan jawatankuasa Shariah tunggal dalam kumpulan kewangan itu dan Bank boleh meluluskan permohonan itu secara bertulis sekiranya Bank berpuas hati bahawa jawatankuasa Shariah yang ditubuhkan itu berkeupayaan untuk memastikan pematuhan Shariah oleh semua orang berlesen dalam kumpulan kewangan itu.
      3. Bank boleh menghendaki orang yang diluluskan atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan untuk menubuhkan jawatankuasa Shariah bagi maksud menasihatkan orang yang diluluskan atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu bagi memastikan perniagaan, hal ehwal dan aktiviti orang yang diluluskan atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu mematuhi Shariah.

Tiada seorang pun boleh dilantik, dilantik semula atau menerima apa–apa pelantikan sebagai anggota jawatankuasa Shariah melainkan jika orang itu memenuhi kehendak yang dinyatakan dalam apa–apa standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subperenggan 29(2)(a)(ii) dan telah mendapat kebenaran bertulis terdahulu Bank. Kewajipan jawatankuasa Shariah dan anggotanya

Jawatankuasa Shariah dan tiap–tiap anggota jawatankuasa Shariah hendaklah mempunyai kewajipan dan fungsi yang dinyatakan dalam mana–mana standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subperenggan 29(2)(a)(i).

  1. Anggota jawatankuasa Shariah hendaklah terhenti menjadi anggota sekiranya—
    1. anggota itu meletakkan jawatan sebagai anggota;
    2. institusi itu, tertakluk kepada kelulusan bertulis terdahulu Bank di bawah subseksyen (2), menamatkan pelantikan anggota itu;
    3. anggota itu hilang kelayakan menurut mana–mana standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subperenggan 29(2)(a) (ii); atau
    4. anggota itu tidak lagi memenuhi kehendak layak dan sesuai sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subperenggan 29(2)(a)(ii) hingga Bank berpuas hati.
  2. Anggota jawatankuasa Shariah yang—
      1. meletakkan jawatan sebagai anggota; atau
      2. menyedari bahawa dia telah hilang kelayakan menurut mana–mana standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subperenggan 29(2)(a)(ii) dan oleh itu, menurut perenggan (1)(c), terhenti menjadi anggota,

    hendaklah memberitahu Bank hakikat dan sebab pemberhentian itu dengan serta merta atau dalam apa–apa hal tidak lewat dari empat belas hari dari hal keadaan itu.

  3. Suatu institusi tidak boleh menamatkan pelantikan anggota jawatankuasa Shariahnya melainkan jika institusi itu telah mendapatkan kelulusan bertulis terdahulu Bank untuk berbuat demikian.
  4. Tertakluk kepada seksyen 273, Bank boleh, melalui perintah secara bertulis, memecat anggota jawatankuasa Shariah sekiranya pada pendapat Bank bahawa—
    1. mana–mana hal keadaan yang dinyatakan dalam perenggan (1)(c) atau (d) telah berlaku berhubungan dengan anggota itu dan anggota itu kekal menjadi anggota jawatankuasa Shariah itu: atau
    2. anggota itu telah melanggar mana–mana peruntukan Akta ini atau gagal mematuhi mana–mana standard yang terpakai baginya.
  5. Pemecatan anggota jawatankuasa Shariah di bawah subseksyen (4) hendaklah menurut undang–undang dan sah walau apa pun apa–apa jua yang terkandung dalam suatu kontrak perkhidmatan atau apa–apa perjanjian lain yang berhubungan dengan pelantikannya dan sama atau tidak ada dibuat atau diperuntukkan di bawah mana–mana undang–undang bertulis, dan orang yang dipecat daripada jawatan tidak berhak untuk menuntut pampasan bagi kehilangan jawatan itu.
  1. Jika seseorang terhenti menjadi anggota jawatankuasa Shariah suatu institusi menurut—
      1. perenggan 33(1)(a), (b) atau (d); atau
      2. perenggan 33(1)(c) sekiranya kehilangan kelayakan itu adalah dalam pengetahuan institusi itu,

    institusi itu hendaklah memberitahu Bank secara bertulis hakikat dan sebab pemberhentian itu dengan serta merta atau dalam apa–apa hal tidak lewat dari empat belas hari dari tarikh pemberhentian itu.

  2. Jika seorang terhenti menjadi anggota jawatankuasa Shariah di bawah subseksyen 33(1) atau dipecat oleh Bank di bawah subseksyen 33(4), institusi itu hendaklah melantik anggota baru jawatankuasa Shariahnya mengikut seksyen 31 dalam apa–apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
    1. Suatu institusi dan mana–mana pengarah, pegawai atau pengawal institusi itu hendaklah—
        1. memberikan apa–apa dokumen atau maklumat yang berada dalam pengetahuannya atau yang boleh didapati olehnya yang dikehendaki oleh jawatankuasa Shariah; dan
        2. memastikan bahawa dokumen atau maklumat yang diberikan di bawah perenggan (a) adalah tepat, lengkap, tidak palsu atau tidak mengelirukan dalam apa–apa butir material,

      bagi membolehkan jawatankuasa Shariah itu menjalankan kewajipannya atau melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.

    2. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 36, anggota jawatankuasa Shariah tidak boleh mendedahkan apa–apa dokumen atau maklumat yang diberikan di bawah subseksyen (1) kepada mana–mana orang lain.

Anggota jawatankuasa Shariah tidak bertanggungan—

    1. bagi suatu kemungkiran kewajipan kerahsiaan antara anggota itu dengan institusi itu berkenaan dengan—
      1. apa–apa pelaporan kepada Bank; atau
      2. penunaian kewajipannya dan pelaksanaan fungsinya,

    menurut apa–apa standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subperenggan 29(2)(a)(i) yang dilakukan atau dibuat dengan suci hati; atau

    b. untuk dibawa guaman dalam mana–mana mahkamah bagi memfitnah berkenaan dengan apa–apa penyataan yang dibuat oleh anggota itu tanpa niat jahat dalam penunaian kewajipannya di bawah Akta ini.

[:]