Sekretariat MPS
Sekretariat MPS merupakan urus setia yang ditubuhkan di bawah Seksyen 54 Akta Bank Negara Malaysia yang berfungsi untuk membantu MPS.
Fungsi
- Membantu MPS dalam menguruskan mesyuarat MPS khususnya mengenai perjalanan dan pentadbiran mesyuarat MPS
- Menyediakan input dan ulasan Shariah termasuk menjalankan penyelidikan dalam isu-isu Shariah yang dirujuk oleh pihak-pihak tertentu untuk dibincangkan dalam mesyuarat MPS
- Menyediakan minit mesyuarat MPS
Peranan
- Mengenal pasti dan menentukan isu-isu Shariah untuk dibincangkan
- Menjalankan penyelidikan Shariah dan menyediakan kertas Shariah untuk perbincangan dalam mesyuarat MPS
- Menyelaras dan mengeluarkan notis mesyuarat kepada ahli-ahli MPS dalam tempoh masa yang bersesuaian
- Melaksanakan tugasan pentadbiran yang berkaitan dengan mesyuarat MPS termasuklah persiapan logistik, pembentangan kertas mesyuarat, rakaman dan mencatat minit atau apa-apa fungsi bagi memastikanpengurusan mesyuarat MPS yang efisyen
