Pusat Rujukan Shariah bagi Kewangan Islam

[:en]

Rangkuman

Pematuhan kepada keperluan Shariah merupakan prasyarat bagi memastikan keabsahan produk dan perkhidmatan kewangan Islam. Kegagalan untuk mematuhi syarat-syarat penting suatu kontrak Shariah boleh menyebabkan urus niaga kewangan antara institusi kewangan Islam (IKI) dan pelanggan terbatal dan seterusnya menjejaskan keselamatan dan kestabilan institusi.

Bagi memastikan kefahaman menyeluruh peserta industri dan pihak berkaitan mengenai keputusan yang dikeluarkan oleh MPS, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan “Keputusan Shariah”  dan “Kompilasi Keputusan Shariah”sebagai rujukan dalam memahami intepretasi Shariah yang telah dibuat oleh MPS mengenai sesuatu perkara.

Keputusan Shariah adalah keputusan yang dibuat oleh MPS mengenai sesuatu perkara dan dikeluarkan setelah MPS bersidang.

Kompilasi Keputusan Shariah pula adalah resolusi keputusan yang dibuat oleh MPS mengenai sesuatu perkara dan diterbitkan secara berkala mengikut keperluan.

 

[:]