Pusat Rujukan Shariah bagi Kewangan Islam

20 Tahun MPS

1997-2017

 

Shariah merupakan antara penyumbang kepada perkembangan kewangan Islam di seluruh dunia. Dalam membangunkan sebuah industri yang berasaskan prinsip-prinsip Shariah, proses yang teguh berdasarkan dan perbincangan yang teliti oleh para sarjana kewangan Islam adalah kunci dalam membina kepercayaan pengguna.

Bagi institusi kewangan Islam di Malaysia, MPS bertindak sebagai badan utama untuk memastikan kepatuhan Shariah. Sejak penubuhannya pada tahun 1997, MPS telah memainkan peranan penting dalam menyelaraskan perkembangan pendapat Shariah tempatan, memperkukuhkan keyakinan orang ramai terhadap perkhidmatan kewangan Islam, dan mendorong inovasi produk oleh institusi kewangan Islam.

Buku ini dikeluarkan sempena Sambutan 20 Tahun MPS . Ia mengandungi perkembangan utama MPS dalam tempoh tersebut, tokoh-tokoh penting dalam perjalanan dua dekad MPS dalam pembangunan kewangan Islam, serta aspirasi dan cabaran MPS pada masa hadapan.

Buku ini boleh dibeli dari Muzium Bank Negara Malaysia di Kedai Muzium Bank Negara, Sasana Kijang. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh menghubungi +603 9179 2769 atau email : infomuseum@bnm.gov.my,