Pusat Rujukan Shariah bagi Kewangan Islam

[:en]

Sekilas Pandang

Majlis Penasihat Shariah mengenai Kewangan Islam (MPS) Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan pada bulan Mei 1997 adalah  pihak berkuasa bagi penentuan hukum Syarak bagi maksud perniagaan kewangan Islam.

Skop MPS meliputi perniagaan perbankan Islam, takaful,  kewangan Islam, kewangan pembangunan Islam, atau apa-apa perniagaan lain, yang berlandaskan prinsip Shariah dan dikawalselia  oleh Bank Negara Malaysia.

MPS juga berfungsi untuk menasihati Bank Negara Malaysia mengenai perkara Shariah yang berhubung dengan perniagaan kewangan Islam, aktiviti atau transaksi yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia.

Mahkamah dan penimbang tara juga dikehendaki merujuk kepada keputusan MPS bagi mana-mana prosiding yang berkaitan dengan perniagaan kewangan Islam, dan keputusan tersebut hendaklah mengikat.

Peranan MPS dalam Akta Bank Negara Malaysia

Peranan dan fungsi MPS dimantapkan lagi apabila MPS diberikan status badan berkuasa tunggal mengenai perkara Shariah yang berkaitan dengan perbankan Islam, takaful dan kewangan Islam.

Peruntukan Akta Bank Negara Malaysia 2009

  1. Bank boleh menubuhkan suatu Majlis Penasihat Shariah mengenai Kewangan Islam yang hendaklah menjadi pihak berkuasa bagi penentuan hukum Syarak bagi maksud perniagaan kewangan Islam.
  2. Majlis Penasihat Shariah boleh menentukan tatacaranya sendiri.
  1. Majlis Penasihat Shariah hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
        1. untuk menentukan hukum Syarak mengenai apa-apa perkara kewangan dan mengeluarkan keputusan apabila dirujukkan kepadanya mengikut Bahagian ini;
        2. untuk menasihati Bank mengenai apa-apa isu Shariah yang berhubungan dengan perniagaan kewangan Islam, aktiviti atau transaksi Bank;
        3. untuk memberikan nasihat kepada mana-mana institusi kewangan Islam atau mana-mana orang lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis; dan
        4. apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diputuskan oleh Bank.
  2. Bagi maksud Bahagian ini, “keputusan” ertinya apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Shariah bagi penentuan hukum Syarak bagi maksud perniagaan kewangan Islam.
  1. Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri setelah berunding dengan Bank, melantik daripada kalangan orang yang berkelayakan dalam Shariah atau yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam Shariah dan dalam perbankan, kewangan, undang-undang atau apa-apa disiplin yang berkaitan sebagai anggota Majlis Penasihat Shariah.
  2. Jika seorang hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan, atau seorang hakim Mahkamah Rayuan Shariah mana-mana Negeri atau Wilayah Persekutuan, hendak dilantik di bawah subseksyen (1), pelantikan itu tidak boleh dibuat kecuali—
    1. dalam hal seorang hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan, selepas rundingan dibuat oleh Bank dengan Ketua Hakim Negara; dan
    2. dalam hal seorang hakim Mahkamah Rayuan Shariah mana-mana Negeri atau Wilayah Persekutuan, selepas rundingan dibuat oleh Bank dengan Ketua Hakim Syarie Negeri atau Wilayah Persekutuan masing- masing, mengikut mana-mana yang berkenaan.
  3. Seseorang anggota Majlis Penasihat Shariah yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah memegang jawatan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat pelantikan mereka masing-masing, dan adalah layak untuk dilantik semula.
  4. Anggota Majlis Penasihat Shariah hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga daripada dana Bank.
    Bank boleh—

    1. menubuhkan urus setia dan apa-apa jawatankuasa lain sebagaimana yang dianggap perlu olehnya untuk membantu Majlis Penasihat Shariah dalam menjalankan fungsinya; dan
    2. melantik mana-mana pegawai Bank atau mana-mana orang lain untuk menjadi anggota urus setia atau jawatankuasa lain itu.
    1. Bank hendaklah merujuk kepada Majlis Penasihat Shariah mengenai apa-apa perkarayang berhubungan dengan perniagaan kewangan Islam; dan

a. bagi maksud menjalankan fungsinya atau melakukan urusan atau hal ehwalnya di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain mengikut Shariah,

b. yang menghendaki penentuan hukum Syarak oleh Majlis Penasihat Shariah.

  1. Mana-mana institusi kewangan Islam berkenaan dengan perniagaan kewangan Islamnya, boleh –

a. membuat rujukan untuk mendapatkan suatu keputusan; atau

b. mendapatkan nasihat,

Majlis Penasihat Shariah mengenai operasi perniagaannya bagi menentukan bahawa ia tidak melibatkan apa-apa unsur yang tidak selaras dengan Shariah.

  1. Jika dalam mana-mana prosiding yang berhubungan dengan perniagaan kewangan Islam di hadapan mana-mana mahkamah atau penimbang tara apa-apa persoalan berbangkit mengenai suatu perkara Shariah, mahkamah atau penimbang tara itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah—
    1. mengambil kira mana-mana keputusan Majlis Penasihat Shariah yang telah disiarkan; atau
    2. merujukkan persoalan itu kepada Majlis Penasihat Shariah untuk keputusannya.
  2. Apa-apa permintaan untuk nasihat atau suatu keputusan Majlis Penasihat Shariah di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang lain hendaklah dikemukakan kepada urus setia.

Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Shariah menurut suatu rujukan yang dibuat di bawah Bahagian ini hendaklah mengikat institusi-institusi kewangan Islam di bawah seksyen 55 dan mahkamah atau penimbang tara yang membuat rujukan di bawah seksyen 56.

Jika keputusan yang dibuat oleh suatu badan atau jawatankuasa Shariah yang dibentuk di Malaysia oleh sesuatu institusi kewangan Islam adalah berbeza dengan keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Shariah, keputusan Majlis Penasihat Shariah hendaklah terpakai.

[:ms]

[:]