Pusat Rujukan Shariah bagi Kewangan Islam

[:en]

Manual Pendidik (Educator’s Manual)

 

Manual Pendidik merupakan manual yang dibangunkan berdasarkan kepada Standard Shariah bagi memupuk kefahaman tentang  kontrak-kontrak yang diamalkan di dalam kewangan Islam melalui pendedahan teori dan aplikasi Shariah. 

Manual pendidik menjadi asas untuk memperbaharui program akademik yang sedia ada dan merencana permintaan bakat di dalam bidang kewangan Islam.

Masa depan perkembangan kewangan Islam, terutamanya yang merentasi sempadan negara ini , sangat bergantung kepada keharmonian dan prinsip saling menghormati pandangan dan fatwa Shariah antara cendiakawan Shariah yang ada di pelbagai negara.

Melalui Manual Pendidik, para pelajar akan didedah dengan pengajaran tentang semua  aliran pemikiran/mazhab dari awal.

Pendedahan awal ini akan membolehkan mereka  untuk menghargai dan meraikan perbezaan pendapat secara intelektual dan menilai fleksibiliti fiqh yang wujud disebabkan perbezaan pendapat. Ini menjadikan ia sebagai satu peluang untuk membuka dan menajamkan minda dan meluaskan pemikiran mereka dengan menilai isu-isu daripada perspektif pelbagai dimensi.

Melalui cara ini, bakat-bakat baru yang akan dilahirkan tidak sahaja dilengkapkan dengan ilmu Shariah semata-mata tetapi juga kemampuan intelektual  yang dapat menilai isu Shariah kontemporari dalam konteks tradisi setempat dan persekitaran perniagaan.

Dokumen berkaitan Manual Pendidik hanya dikongsi bersama institusi pendidikan yang telah bersetuju untuk mengadaptasi manual ini.

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

PENGADAPTASI MANUAL PENDIDIK

 

Pengadapatasian Manual Pendidik oleh institusi pendidikan akan membuka peluang dan jalan yang lebih besar untuk memastikan penerimaan dan kefahaman tentang Standard Shariah di perluas dan menjadi titik permulaan bagi menjadikannya sebagai bahan rujukan oleh komuniti kewangan Islam.

Setakat ini, institusi berikut menjadi peneraju utama dalam mengadaptasi Manual Pendidik iaitu :

  1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  2. Universiti Sains Islam Malaysia

 

[:]