Syirkah Al-Milk dan Syirkah Al-ʿAqd Sebagai Asas kepada Produk Pembiayaan Musyārakah Mutanāqiṣah

Dalam amalan semasa institusi kewangan Islam, perkongsian berkurangan (musyārakah mutanāqiṣah) merupakan salah satu kontrak baharu (ʿuqūd mustajiddah) yang diaplikasikan dalam produk-produk pembiayaan. Secara umumnya, konsep musyārakah mutanāqiṣah disandarkan kepada kontrak musyārakah, sama ada syirkah al-ʿaqd atau syirkah al-milk. Namun begitu, terdapat kemungkinan berlaku limitasi pada elemen-elemen yang dipakai dalam proses melaksanakan musyārakah mutanāqiṣah berdasarkan tujuan atau objektif pembiayaan yang berbeza-beza. Sehubungan itu, artikel ini akan memfokuskan pemerhatian terhadap perbincangan ulama silam dan kontemporari berhubung pengertian syirkah al-milk dan syirkah al-ʿaqd serta menganalisis skop limitasi elemen-elemen asas yang diaplikasikan berdasarkan konsep syirkah al-milk dan syirkah al- ʿaqd tersebut. Seterusnya, artikel ini juga akan melihat penyesuaian fiqah (takyif fiqhī) yang jelas dan praktikal bagi kontrak musyārakah mutanāqiṣah berdasarkan tujuan atau objektif pembiayaan supaya olahan terhadap elemen-elemen yang terdapat dalam musyārakah mutanāqiṣah boleh dilaksanakan dengan berkesan.

Oleh : Mohd Shahril Mat Rani & Hamzah Kamaruzaman

Lampiran : Kertas Kerja