Mesyuarat MPS ke-182 ( 28 Nov 2017) : Pencagaran Akaun Deposit atau Pelaburan Dalam Institusi Kewangan Islam

MPS memutuskan bahawa amalan pencagaran akaun deposit atau pelaburan terhadap obligasi hutang pembiayaan adalah dibenarkan. Dalam hal ini, akaun sebagai aset cagaran (marhun) tersebut boleh digunakan oleh institusi kewangan Islam (IKI) sebagai penerima cagaran (murtahin) dengan keizinan pelanggan sebagai pencagar (rahin) tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  1. Pelanggan  diberi pilihan untuk mencagarkan mana-mana akaun  sama ada yang berbentuk deposit atau pelaburan sebagai cagaran terhadap obligasi hutang pembiayaan; dan
  2. Obligasi yang ditanggung oleh pelanggan bukan terhasil daripada kontrak pinjaman (qard).

Sila lihat lampiran untuk maklumat lanjut

Add Comment