Centre for Shariah Reference in Islamic Finance - Pusat Rujukan Shariah Bagi Kewangan Islam

Centre For Shariah Reference in Islamic FinancePusat Rujukan Shariah Bagi Kewangan Islam

Mesyuarat MPS ke-191 (26 Mac 2019): Mekanisme Pengurangan Rebat (ibra’) bagi Menampung Sebahagian Kos Dalam Produk Pembiayaan Aliran Tunai (cashline)

MPS Bank Negara Malaysia pada mesyuarat ke-191 bertarikh 26 Mac 2019 telah memutuskan perkara berikut:

Mekanisme Pengurangan Rebat (ibra’) bagi Menampung Sebahagian Kos Dalam Produk Pembiayaan Aliran Tunai (cashline)

MPS memutuskan bahawa tiada halangan Syarak dalam meluluskan cadangan mekanisme pengurangan rebat (ibra’) ke atas baki pembiayaan aliran tunai (cashline-i) yang belum digunakan (unutilised) berasaskan murabahah / tawarruq bagi menampung sebahagian kos yang ditanggung oleh pembiaya yang terhasil daripada pematuhan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia 9 (MFRS 9). Bagi tujuan menyelaraskan amalan, Bank Negara Malaysia selaku pengawal selia boleh menentukan dasar atau garis panduan yang bersesuaian berhubung pelaksanaan mekanisme tersebut dalam industri kewangan Islam di Malaysia bagi memastikan kepentingan semua pihak diambil kira.

Sila lihat lampiran di sini untuk maklumat lanjut.