Centre for Shariah Reference in Islamic Finance - Pusat Rujukan Shariah Bagi Kewangan Islam

 

Kompilasi Keputusan Syariah 2011-2017

Akta Bank Negara Malaysia 2009 (Akta) mengiktiraf Majlis Penasihat Shariah (MPS) Bank Negara Malaysia sebagai badan berautoriti tertinggi dalam menentukan perkara berhubung isu-isu Syariah dalam kewangan Islam. Sehubungan itu, Bank Negara Malaysia menerbitkan buku Kompilasi Keputusan Syariah Dalam Kewangan Islam (Edisi Ketiga) sebagai rujukan yang penting bagi pengamal industri kewangan Islam, mahkamah dan penimbang tara. Ini sejajar dengan keperluan Akta yang menghendaki semua IKI, mahkamah dan penimbang tara untuk merujuk kepada MPS bagi perkara atau prosiding yang berkaitan isu Syariah dalam perniagaan kewangan Islam. Penerbitan kompilasi ini juga bertujuan untuk menghebahkan keputusan-keputusan MPS ke arah mengharmonikan interpretasi Syariah dalam industri kewangan Islam secara menyeluruh. 

Buku ini merupakan kompilasi keputusan MPS sepanjang tahun 2011 hingga tahun 2017. Kompilasi ini ialah kesinambungan daripada Resolusi Syariah Dalam Kewangan Islam Edisi Pertama dan Edisi Kedua yang masing-masing telah diterbitkan pada tahun 2007 dan 2010. Penerbitan edisi ketiga ini diharapkan dapat menjelaskan asas-asas pertimbangan kepada keputusan MPS yang telah dijadikan sandaran utama dalam merumuskan dasar dan polisi berkaitan perbankan Islam dan takaful.

Buku Kompliasi Keputusan Syariah dalam Kewangan Islam (edisi ketiga) kini boleh dimuat turun. Sila klik disini untuk memuat turun buku tersebut.

[table id=6 /]