Centre for Shariah Reference in Islamic Finance - Pusat Rujukan Shariah Bagi Kewangan Islam

[:en]

Resolusi Syariah dalam Kewangan Islam 1997 -2010

Akta Bank Negara Malaysia 2009 (Akta) mengiktiraf Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia sebagai badan berkuasa tertinggi dalam menentukan perkara berhubung dengan isu-isu Syariah dalam kewangan Islam. Sehubungan dengan itu, Bank Negara Malaysia telah menerbitkan buku Resolusi Syariah dalam Kewangan Islam (Edisi Kedua) untuk dijadikan sebagai rujukan Syariah yang penting bagi pengamal industri kewangan Islam, mahkamah dan penimbang tara. Ini sejajar dengan keperluan Akta yang mengkehendaki semua institusi kewangan Islam, mahkamah dan penimbang tara untuk merujuk kepada MPS bagi perkara atau prosiding yang berkaitan dengan perniagaan kewangan Islam.

Buku ini mengandungi keputusan MPS sejak awal penubuhannya pada tahun 1997 hingga tahun 2009. Ia telah disemak dan disahkan oleh MPS sebagai edisi terkini dan terpakai dalam rujukan terhadap keputusan Syariah yang berkaitan dengan kewangan Islam. Edisi ini menggantikan Resolusi Syariah dalam Kewangan Islam (Edisi Pertama) yang diterbitkan pada tahun 2007 dan Ringkasan Keputusan Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan untuk Perbankan Islam dan Takaful (Ringkasan Keputusan MPS) yang dikeluarkan pada tahun 2002. Sehubungan dengan itu, produk kewangan Islam baharu yang ingin ditawarkan oleh institusi kewangan atau sebarang produk sedia ada yang ingin ditawarkan kepada pelanggan baharu hendaklah mematuhi Resolusi Syariah dalam Kewangan Islam (Edisi Kedua). Walau bagaimanapun, bagi kontrak produk kewangan Islam sedia ada dalam pasaran yang telah dimeterai antara pelanggan dengan institusi kewangan berdasarkan keputusan Syariah yang terkandung dalam Edisi Pertama dan Ringkasan Keputusan MPS, kontrak berkenaan masih lagi terpakai sehingga tempoh matangnya.

Buku Resolusi Syariah dalam Kewangan Islam (Edisi Kedua) kini boleh dimuat turun. Sila klik disini untuk memuat turun buku tersebut.

[table id=Resolusi1 /][:]